Assalamualaikum WBT
Dan selamat sejahtera
[141028] Selasa
Aku mendapat satu lagi tugasan untuk membuat satu surat kiriman rasmi kepada Datin Sri Rosmah Mansor untuk menjemput beliau ke satu acara di Pusat PERMATApintar Negara.
Oleh kerana, cikgu aku takut dan khuatir jikalau para pelajarnya didakwa memperolok-olokkan Datin Sri. Ini kerana, kami bebas untuk menulis amat penerima, alamat Datin Sri. Timbulalah kebimbangan akan kemungkianan didakwa kelak.
Oleh yang demikian, aku menggunakan nama emak aku NOR RAHIMAH BINTI MAHIDIN sebagai isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.
Hahahaha :D
Dan menggunakan alamat rumah Perdana Menteri sebagai alamat rumahnya.
Selamat membaca~
Nurfariha Akmal
Fawwazah binti Abdullah Fauzi
Pengarah Pusat PERMATApintar
Negara,
Pusat
PERMATApintar Negara,
Universiti
Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor,
Malaysia
Datin Sri
Rahimah Mahidin,
Kompleks Seri
Perdana,
Persiaran Seri Perdana,
Presint 10,
62502 Putrajaya,
Malaysia 28
OKTOBER 2014
Datin Sri,
JEMPUTAN KE
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN
Dengan hormatnya merujuk kepada
perkara di atas, sukacitanya Pusat PERMATApintar Negara menjemput Yang Amat
Berbahagia Datin Sri Rahimah Mahidin ke Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
bagi pelajar Progaram Pendidikan PERMATApintar Negara.
2. Berikut merupakan butiran-butiran
majlis yang akan diadakan nanti.
Tarikh : 22 November 2014
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Pusat PERMATApintar Negara,
UKM, 43600 Bangi, Selangor
3. Untuk pengetahuan Yang Amat Berbahagia,
Datin Sri Rahimah Mahidin pencapaian akademik para pelajar Progaram Pendidikan
PERMATApintar Negara menjulang tinggi berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.
Oleh yang demikian, pihak pusat amatlah berbesar hati untuk menjemput Yang Amat
Berbahagia untuk ke Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2014.
4. Pihak
pusat telah membuat persediaan rapi dalam menyambut kedatangan Yang Amat
Berbahagia. Pada hari yang telah ditetapkan, para pelajar akan mempersembahkan
pelbagai jenis persembahan bagi menyambut kedatangan Yang Amat Berbahagia serta
para pelajar yang diraikan.
Keprihatinan dan
pertimbangan yang sewajarnya daripada Datin Sri terhadap jemputan ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
NURFARIHA AKMAL FAWWAZAH BINTI ABDULLAH FAUZI
Pengarah Pusat
PERMATApintar Negara,
Pusat
PERMATApintar Negara,
Universiti
Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor, Malaysia
No comments:
Post a Comment