Tuesday, October 18, 2016

Learning is Fun *lots of love*

PeaceLovER
Assalamualaikum 
Hallo dan hai
Seronok? Hmm apa itu keseronokan?
Mungkin, buat sesuatu yang kau suka.
Jadi, apa yang kau suka?

Ada seorang hamba Allah ni, dia kata hobinya ialah menyelesaikan masalah Matematik. Well, dalam erti kata lain buat latihan Math. BAGAIMANA IA BOLEH BERLAKU, aku menjerit dalam hati. Tapi benda tu last utk beberapa saat je. Dia cakap sebabnya kemudian. Sebab ia seronok.

Akhirnya kawan2, *drum rolls* aku jumpa formula untuk terus, istiqamah belajar. Formula ni, bukan sahaja memastikan kau terus belajar sampai mati, bahkan kau akan jumpa kepuasan dalam aktiviti yang boleh dikatakan semua orang di sekeliling kau kata bosan, aka belajar. People be like, 'What? Biar betul kau nak belajar lepas ni? Masa lapang kottt. Tengok movie ajumzz.'

Belajar = benda yang kau suka = minat = benda yang kau akan buat masa lapang / hobi

Oleh yang demikian ya asdiqai, aku cuba dan alhamdulillah, ada la perubahan dari segi cara aku berfikir dan tanggapan aku terhadap konsep 'belajar' ni berubah. Belajar ni seronok senanya. Aku jumpa sebab untuk aku terus belajar benda yg aku rasa tak akan diaplikasikan pun dalam kehidupan seharian aku, melainkan kalau aku ambil course tu. Bhahaha

Mari aku ceritakan. Sebab aku tak nak tinggal dalam kejahilan. Cehwah. But seriously, aku nak lihat dunia daripada pandangan yang berbeza. Apa yang betul dan salah kat dunia ni, hanya berdasarkan pendapat orang je. Jadi, macam mana kau tentukan pendapat mana betul dan mana salah? Well, secara dasarnya, aku nak buktikan apa yang aku fikir tu betul dan seterusnya mempengaruhi orang


Kenapa kau suka tengok movie? Sebab seronok ke? Kenapa ia seronok?
Hmm, cuba tukar dengan benda lain. Contohnya, belajar ke etc. Jangan pelik la wei klu belajar tu jadi salah satu pilihan jawapan bila ditanya soalan 'apa hobi anda?' Cuba tanamkan mindset nih. Siapa kata mindset yang sekarang ni betul? Hahaha..

Ingat, Allah tu sukakan hambanya yang berilmu huehue.

Monday, October 17, 2016

Journey to the West

PeaceLovER
Assalamualaikum WBT
Salam 1 Malaysia

Weh, bapak ah dah berzaman blog ni. Timbul rasa nak tgk blog ni semula lepas baca blog kawan yg bolehla dikatakan hampir setiap bulan dia update. Aisehman, aku yang dulu bukanlah yang sekarang.

'Buat apa beritahu cerita kau kat blog ha? Klu ada org baca macam mana? Tak seronok ah orang tahu kisah kau walhal kau tak pernah cakap pun dengan dia.'

Haha tu yg aku fikirkan. Tapi apa2pun, akhirnya aku menulis juga pos ni *emoji ketawa menangis*

Aku tak berkenan sebenarnya dengan idea 'menceritakan kisah hidup di laman sosial', tanpa fikir masak2 dulu. Dah jadi tabiat pula. Well, aku nak menghabiskan masa petang ni mengrefleks 3 tahun hidup aku sepanjang menjadi pelajar PERMATApintar Negara.

Banyak dah berubah woo. Memangla benda sentiasa berubah. Tapi maksud aku, daripada ideologi aku, pemahaman, pangkat, kawan dan iman aku. Cehwah. Semoga meningkat senantiasa aamiin.

3 tahun... Apa yang aku dah buat kat Permata eh? Jadi level 1, dapat kenalan baharu, pendedahan kepada benda baharu. Hmm. 

WOI. TAHU TAK BILA AKU NAK TULIS NI TETIBA AKU RASA HIDUP NI SATU JOURNEY YANG SINGKAT JE YANG TAK BEGITU BERMANFAAT UTK DIFIKIRKAN.

Seriously, aku just tulis apa yang aku tengah fikir. So, begitula perubahan fikiran aku *bhahaha*

Hidup kat atas bumi ini adalah sebagai tempat berpenat-lelah.
Hidup ni amatlah singkat, bagaikan satu saat jika dibandingkan dengan kehidupan kat akhirat.
Orang yang bijak ialah orang yg bersiap-sedia untuk kesenangan hidup yang abadi
Dia tahu prioritinya
Dan bertindak berdasarkannya.

Aku berdoa agar Allah membimbing kita semua! :)

Monday, January 18, 2016

Karangan Rumusan

PeaceLovER
Assalamualaikum WBT
Selamat sejahtera

Petikan membincangkan akibat kenaikan harga barangan keperluan harian di negara kita.
          
           Beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat. Kenaikan harga barangan sekarang menjadi asas untuk kenaikan harga barangan yang lebih tinggi. Selain itu, pengguna merasakan keraguan terhadap pihak berkuasa. Suasana tidak sihat diwujudkan dengan memburukkan kerajaan. Pasaran dimanipulasi oleh para peniaga. Kuasa beli pengguna semakin kecil. 

           Peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan mencipta helah baru jika tindakan tidak diambil oleh pihak berkuasa. Pengguna terpaksa akur dengan tindakan peniaga.

          Kesimpulannya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap kenaikan harga barangan agar rakyat dapat hidup dengan senang.

Tuesday, January 12, 2016

Hari Re-Orientasi 2016

PeaceLovER
Assalamualaikum WBT
Dan selamat sejahtera :)

Pintu masuk Pusat PERMATApintar Negara

PUSAT PERMATApintar NEGARA, 5 JANUARI 2016 - Hari Re-Orientasi bagi pelajar-pelajar tahun 2015 telah dijalankan untuk menyediakan para pelajar dengan maklumat sesi persekolahan tahun ini. Program ini telah dimulakan seawal pukul 8.30 pagi di auditorium dan berakhir pada pukul 11 malam di Dewan Serbaguna.

           Ceramah Prof. Dato' Dr. Noriah menandakan permulaan program tersebut. Ceramah yang bertajuk 'The Right Mindset' memberikan kesan kepada para pelajar. Ini dapat dilihat dengan pengamalan penggunaan 'not yet' atau belum, dalam ucapan seharian. Setelah itu, Puan Siti Aishah meneruskan program dengan slot beliau mengenai akademik. Scholastic Assessment Test (SAT), Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi antara topik utama yang diperkatakan.

           Sejurus selepas rehat, Hari Re-Orientasi disambung dengan slot bersama Prof. Madya Dr. Rorlinda yang menyandang jawatan penyelaras hal ehwal pelajar. Inti pati slot beliau adalah mengenai aktiviti-aktiviti pelajar sepanjang tahun 2016. Antarannya ialah aktiviti mobiliti dan Future Scientist Conference.

          Pada petang itu, kesemua lima kaunselor Pusat PERMATApintar Negara memberikan taklimat mengenai Unit Khidmat Psikologi dan Kaunseling, yang juga merupakan nama baharu unit tersebut. Secara tidak langsung, ia juga bagi meraikan kehadiran kaunselor baharu, Dr. Tan Joo Siang berkaitan khidmat kaunseling. Selain perkhidmatan kaunseling, unit tersebut juga menyediakan perkhidmatan penempatan universiti, sokongan akademik dan pendidikan kerjaya.

            Slot malam iaitu taklimat mengenai kolej kediaman dimulakan setelah taklimat ko-kurikulum selesai. Ia dikendalikan oleh para felo dan warden. Hari Re-Orientasi tahun 2016 berakhir tepat pukul 11 malam.


Sistem Penilaian Pembelajaran Kolej PERMATApintar Negara

Bersama pelajar pertukaran dari Kazakhstan

Tuesday, July 21, 2015

Sistem simbol fonetik

PeaceLovER
Assalamualaikum WBT


Sistem simbol fonetik merangkumi vokal, konsonan, diftong dan konsonan gandingan.

Huruf
Simbol bunyi
a
[a]
e pepet
[e]
e taling
[ә]
i
[i]
o
[o]
u
[u]
b
[b]
c
[č]
d
[d]
g
[g]
h
[h]
j
[j]
k
[k], [/], [q]
l
[l]
m
[m]
n
[n]
p
[p]
q
[q]
r
[r]
s
[s], [š]
t
[t]
v
[v]
w
[w]
x
[x]
y
[y]
z
[z]
ai
[ai]
au
[au]
oi
[oi]
gh
[7]
ny
[ɲ]
ng
[ŋ]
sy
[∫]
th
]
dz
[ð]
akh
[x]

Tuesday, June 30, 2015

Tahu

PeaceLovER

Assalamualaikum WBT
Peace be upon you

Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya, aku tidaklah mahu sangat mengemaskini blog ini. Namun, kejadian semalam membangkitkan kemahuan dan kerajinan dalam menulis pos ini. Apatah lagi, apabila rakanku yang berada di sebelahku sekarang dengan rajinnya mengemaskini blognya. Baru terfikir mahu melayari Youtube. Lihat, aku sedang menaip papan kekunci ini, yang mana mengeluarkan bunyi bising dalam makmal yang senyap ini. Allah itu Maha Menentukan.

Lihat, semua perkara boleh dikaitkan dengan Allah.

Seorang juniorku datang kepadaku lalu memberitahu yang dia telah mengunjungi blog ini. Entah kenapa aku rasa terkejut dan malu pada masa itu. Bila difikirkan semula, aku tidak patut bersikap begitu. Tetapi, bagaimana dia mengetahui blog ini? Bagaimana dia tahu empunya blog ini adalah aku?

Ah, lain kali aku akan menjawapnya.

Tanpa membuang masa, aku membuka komputer riba dan membuka blog ini semula. Tertanya-tanya apakah posku yang terakhir? 
Aku membaca pos-pos sebelum ini termasuklah yang mengatakan aku sudah lama tidak mengemaskini ia dan yang aku telah berubah. Berubah? Perkataan itu membuatkan aku rasa geli dan ada unsur sentimental di situ. Mungkin disebabkan pengaruh drama, 'berubah' yang diikuti dengan tangisan. Jikalaulah bukan kerana aku tidak mahu mengulanginya, sudah tentu aku mengatakan perkara-perkara ini.

Bodoh, 
Memang akukah?
Tidak, aku tahu itu.

Berzikir dan manfaatkan hari-hari Ramadhan kau!

Saturday, April 4, 2015

Kasih

PeaceLovER
Assalamualaikum WBT
Dan salam 1 Permata 

Mulakan hari anda dengan senyuman <--------------- *sighs*
Senyuman itu dapat meredakan keadaan dan menenangkan jiwa lol.


Aku mendapat banyak kerja sekolah pada minggu ini.
Emak aku tak sihat, datang ke sekolah dalam perjalanan ke hospital. Dia bercakap dengan muka pucat, nada yang lemah, mata yang kuyu sambil menunjukkan aku botol air. Aku mengambil sebotol, dia bertanya, cukupkah? Aku melihat kereta emakku berlalu pergi meninggalkan kawasan asrama dengan dua kotak piza di sebelah aku.
Aku terfikir,
sakit, masih beli makanan, pizza untukku?

Sesiapa yang membaca, aku minta agar kalian mendoakan emakku untuk sentiasa sihat.

Ya Allah, sentiasakanlah emak penulis blog ini sentiasa sihat. Aamiin.