Assalamualaikum WBT
Dan selamat sejahtera
[141030] Khamis
Sekali lagi aku mendapat tugasan.
Aku perlu menulis format dan ciri-ciri bagi
- Laporan
- Minit mesyuarat
- Taklimat
- Berita
LAPORAN
- Ciri-ciri
- Menggunakan bahasa 'melapor' sesuatu peristiwa yang diketahui melalui pancaindera secara formal.
- Tidak perlu menggunakan ayat yang berbunga-bunga. Ia perlu tepat dan 'straight to the point'.
- Mempunyai jenis-jenis maklumat iaitu tempat (yang dituju / permulaan), masa (bertolak / tiba dsbgnya), bilangan orang yang terlibat, perjalanan program/acara, perasaan yang dialami.
- Maklumat yang disampaikan perlulah mengikut prioriti maklumat.
- Selalunya ia diakhiri dengan harapan.
- Ditulis secara perenggan.
- Tajuk laporan - ditulis di tengah-tengah, huruf pertama setiap perkataan ditulis dalam huruf besar. Tajuk digaris di bawahnya.
- Isi - bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup. DItulis dalam bentuk perenggan.
- Pengakuan pelapor - ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir. Contoh ayat 'Dilaporkan oleh, '
- Tandatangan pelapor - ditulis bawah ayat pengakuan pelapor.
- Nama pelapor - ditulis bawah tandatangan pelapor dalam huruf besar dan kurungan. Contoh: (ABU BIN BAKAR)
- Maklumat pelapor - baris pertama: jawatan pelapor -- baris kedua: nama sekolah / persatuan pelapor -- baris ketiga: nama negeri sekolah pelapor bertempat
- Tarikh laporan ditulis - ditulis di sebelah kanan sebaris dengan pengakuan pelapor. Dimulai dengan tarikh hari, bulan (huruf besar) dan tahun.
MINIT MESYUARAT
- Ciri-ciri
- Satu rekod yang bertulis mengenai perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat.
- Jika tiada catatan, segala perbincangan tidak akan ada tindakan susulan.
- Ada 6 komponen iaitu [Aluan Pengerusi], [Pengesahan minit mesyuarat dan Pindaan], [Perkara-perkara berbangkit], [Pembentangan kertas kerja atau mengemukakan laporan], [Hal-hal lain], [Penangguhan]
- Ditulis mengikut urutan komponen.
- Tajuk - ditulis dalam huruf besar di tengah-tengah. Mengandungi nama persatuan / sekolah dan diikuti dengan tajuk mesyuarat di bawahnya.
- Ditulis secara ___: ____ iaitu tarikh, masa, tempat, nama pengerusi, kehadiran dan nama ahli lain. (nama ahli ditulis mengikut kekananan ahli yang hadir.
- Setiap isi komponen hanya diikuti oleh 'Tindakan' atau 'Makluman'.
- Setelah [Penangguhan], 'Disediakan oleh,' diikuti dengan tandatangan, nama penulis dan jawatan penulis. 'Disemak oleh,' diikuti dengan tandatangan pengerusi, nama dan jawatannya. (Isi Disediakan oleh dan Disemak oleh ditulis dalam baris sama. Dimulai dengan Disediakan oleh di sebelah kiri)
- Tarikh - ditulis di sebelah kiri
TAKLIMAT
- Ciri-ciri
- Bahasa yang digunakan merupakan bahasa formal ketika bercakap.
- Berbentuk ringkas, padat dan tidak berbunga-bunga.
- Lain daripada ucapan.
- Umumnya, intonasi yang digunakan ialah tegas.
- Berbentuk penjelasan akan sesuatu.
2. Format
- Dimulai dengan kata-kata aluan.
- Kata-kata penghormatan kepada orang terhormat yang hadir. (jika ada)
- Ditulis dalam bentuk perenggan.
- Mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
BERITA
- Ciri-ciri
- Bertujuan untuk memberi maklumat dan pengetahuan.
- Ditulis dalam bahasa ringkas, padat dan mudah difahami.
- Menggunakan bahasa formal ketika bercakap.
- Tidak berbunga-bunga.
- Susunan isi berdasarkan kepentingan isi tersebut.
- Memfokuskan kepada jawapan apa, siapa, bila, di mana, bagaimana dan mengapa akan sesuatu.
2. Format
- Nama tempat kejadian - ditulis dalam huruf besar di sebelah kiri dan diikuti dengan koma.
- Tarikh kejadian - ditulis selepas nama tempat kejadian dan diikuti dengan tanda sempang ( - ). [Contoh]: SELANGOR, 21 Februari 2017 - ......
- Diikuti dengan isi berita.
Aku harap kalian faham dengan penjelasan ini. Ingin contoh karangan - google about it
Wassalamualaikum WBT
No comments:
Post a Comment