Assalamualaikum WBT
Selamat sejahtera
[141023] Khamis
Aku mendapat tugasan untuk melengkapkan soalan-soalan di bawah dan mengeposnya dalam blog ini.
- Senaraikan 10 ungkapan yang tidak bertatasusila yang boleh mendatangkan kemarahan kepada pendengar.
- Apakah kesan nilai kesantunan dalam budaya Bahasa Melayu? Cuba terangkan kepentingan nilai kesantunan dalam Bahasa Melayu.
- Senaraikan 30 istilah bagi setiap dalam laras Matematik, bahasa Sains, bahasa agama, sastera, seni.
Tidak perlu Google, aku yang perlu~ Kalian hanya membaca jawapannya sahaja. Bukankah salah satu tujuan blog ini adalah untuk memudahkan pencarian jawapan bagi orang lain? Begitu juga dengan artikel-artikel, blog-blog dll yang akan aku jumpa nanti untuk mencari jawapan kepada ketiga-tiga jawapan ini.
- Bodoh, gila, anjing, babi, bengap, lembab, bangang, tolol, 'nigga' dan bengap
- (1) Untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan pengguna Bahasa Melayu. (2) Memupuk nilai minda kelas pertama akan genarasi muda yang akan menjadi pengganti ketua negara kelak. (3) Menunjukkan nilai-nilai tinggi dalam Bahasa Melayu. (4) Menarik minat pengguna bahasa lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
- (1) Laras Matematik - nombor, pecahan, perpuluhan, bentuk, geometri, tambah, bahagi, darab, tolak, kuasa, garisan, simetri, selari, sudut, darjah, bilangan, jumlah, segi tiga, trapezium, segi empat tepat, piramid, kon, bucu, sisi, muka, silinder, analitikal, berat, kilogram, jam, unit. (2) Laras Sains - fotosintesis, pernafasan, atom, elemen, molekul, elektron, proton, neutron, caj, suhu, kanji, nuklear, kajian, laporan makmal, jisim, pertumbuhan, pergerakan, spora, ateri, tendon, platinum, fluorin, graviti, zarah, stereometri, tabung uji, pembolehubah, biologi, fizik, kimia. (3) Laras agama - ustaz, ustazah, fekah, tajwid, tartil, makhruh, haram, wajib, sunat, halal, uluhiliyyat, tasawwuf, tauhid, tertib, alim, wara', hadis, syubhah, bidaah, khalifah, syirik, kufur, kafir, makhraj, akli, naqli, dalil, waqaf, harkat dan rakaat. (4) Laras Sastera - argumen, biografi, diskriminatif, diskusi, edukatif, ekspresi, fakta, generalisasi, identitasi, implementasi, informatif, informasi, intonasi, nada, kaderasasi, kritik, kualitas, mahir, mimik, paradigma, program, proposal, komunikasi, adegan, aksi, akustik, personifikasi, ironi, paradoks dan telekomunikasi. (5) Laras Seni - Alto, analog, bar, ballad, rentak, irama, harmoni, bass, kod, not, krocet, minim, kuaver, semikuaver, demisemikuaver, semibrif, tanda rehat, nada, encore, falsetto, pitch, soprano, staccato, ton, vibrato, artikulasi, skor, tangganada, akapella dan tandanada.
Ok, hahaha :D
Minta maaf jika anda terasa apabila membaca jawapan bagi soalan 1. Aku harap ini membantu.
No comments:
Post a Comment