Tuesday, October 21, 2014

Bahasa Sapaan

Assalamualaikum WBT
Selamat sejahtera

[141021] Selasa

Sudah lama, terlalu lama tidak meng'update' blog ini.
Sudah banyak yang berlaku dan berubah. Membaca semula pos-pos terdahulu, aku teringatkan diri 'lama' aku. 
Lama?
Whatever.


Tidaklah, sebenarnya bukan whatever.

Apa-apa pun benda ni yang aku nak poskan sebenarnya.

What Do You Know About Bahasa Sapaan?
Bahasa sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang sama ada dalam konteks rasmi atau tidak.

Ada banyak jenis bahasa sapaan.
Antaranya
1) Berdasarkan keturunan / warisan
Merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya.
Contoh: Raja- Tengku, Tunku, Engku, Tuanku
             Bangsawan - Encik, Tuan, Abang, Dayang

2) Berdasarkan kurniaan / anugerah
Merupakan gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa kepada negara.
Contoh: Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Datin Paduka

3) Berdasarkan ikhtisas
Ikhtisas = akademik
Gelaran yang diberikan berdasarkan kejayaan seseorang dalam bidang akademik. Juga dikenali sebagai gelaran profesional.
Contoh: Doktor, Profesor, Ustaz



No comments:

Post a Comment