Saturday, July 19, 2014

Ramadhan di PERMATA

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat sejahtera.

Ah, sudah lama aku tidak mengemas kini blog ini.
Cuti? Aku masih tidak dapat melupakan perasaan setelah naiknya sekolah. Amat menyedihkan. Rata-rata rakyat Malaysia berfikiran begitu.

Great Minds Think Alike.

Hahaha.

Hari ini 21 Ramadhan.-19/07/14.
Ramadhan pertama di sebuah tempat-asrama.
Suasana yang berbeza-membosankan. Aku tidak tahu sama ada aku akan bosan juga jika di sekolah asrama lain atau hanya di Permata.
Seperti yang kawan aku katakan-buka puasa kat sini bosan. Aku jawab-mungkin sebab kita mewah sangat kot. Kawan aku-ha'ah, sekolah asrama yang lain makan dalam dulang. Seronok~~

Di Permata, bolehlah aku katakan HAMPIR KESEMUA memerlukan intensif sendiri untuk melakukan sesuatu.
Hang nak buat majlis-buat sendiri.
Hang nak buat lawatan-buat sendiri.
Hang nak buat kelas-buat sendiri.
Hang nak buka puasa dalam dulang-buatlah sendiri.
Carilah dulang, rancang dengan kawan2 dan makanlah hang kat mana2.
Duh, banyak betul benda. Bak kata seseorang-korang kat Permata akan berdikari nanti.

Betullah. Dan banyak latihan untuk menjadi 'berdikari'.

Bukanlah aku tak suka dan tak bersyukur masuk ke sini. Setiap empat itu pasti ada kelemahannya sendiri. Macam yang mak aku kata-sistem sekolah ini tak betul sangat. Goyah.
Tetapi, murid2 kat Permata ini ok lagi. Bagi aku-yela, murid Permata ni murid2 pandai yg dikumpulkan dari serata negara. Rutinlah tu.

Susah nak masuk Permata!-ayat umum. Sejujurnya, bagi aku taklah susah mana. Masih RAMAI lagi yang tak tahu tentang Permata. Mungkin ada yang lebih layak daripada aku dan kawan2 aku. Bukan rezeki mereka.

Apa2 pun, Ramadhan di asrama berlalu dengan pantas berbanding di rumah. Mungkin sebab tak adanya suasana bazaar, buka puasa ikut menu mak, terawih jumpa kawan2 yg selama ni tak jumpa pada waktu malam kecuali ketika tuisyen dan sebagainya.

Senior yang masuk Permata pada tahun yang sama dengan aku-Ramadhan hari yang berbelas, ingat Ramadhan yang ke-5.

No comments:

Post a Comment