Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera
Aku sudah lama tidak buat jurnal harian. Maka hari ini aku akan menulis kesemua jurnal.
Hari Ahad, 4 Mei 2014 bersamaan 4 Rejab.
Hanya seminggu lagi untuk peperiksaan terakhir berlangsung. Maksud aku, untuk semester ini. Selepas itu, cuti pertengahan tahun yang bermula akhir bulan Mei ini dan disambung ke permulaan bulan Jun. Aku amat teruja dengan ketibaannya. Aku harap aku masih dapat berjumpa dengan cuti kali ini. Yalah, maut itu di tangan Allah.
Hari Isnin, 5 Mei 2014 bersamaan 5 Rejab.
Waktu pertama merupakan Self Development. Hari ini kami dibahagikan kepada 5 buah kumpulan mengikut bangsa yang kami pilih. Ada bangsa Melayu, Cina, Banjar, Brunei-Sabah dan Jawa. Bangsa-bangsa yang dipilih ini berdasarkan bangsa pelajar-pelajar Asas 1. Tiada murid berbangsa India dalam 'batch' kami. Kami diberikan tugasan untuk menyenaraikan adat-adatnya. Aku masuk kumpulan Brunei-Sabah.
Hari Selasa, 6 Mei 2014 bersamaan 6 Rejab.
Matematik, matapelajaran yang paling aku gemari dari dulu hingga sekarang. Matematik itu mudah sahaja. Apabila menguasai konsep, maka anda telah kuasai ilmu Matematik. Hari ini Cikgu Suzaina menawarkan aku dan seorang rakan sekelasku, Grace untuk mempelajari Matematik sukatan tingkatan 4. Beliau bertanya kepada aku adakah Matematik tingkatan 2 ini senang sangat. Lalu, beliau menawarkan untuk mengambil peperiksaan tingkatan 4, mendahului rakan-rakanku yang lain. Beliau juga menambah bahawa bukan sahaja kami yang disebutkan tentang hal ini. Jing Kai dan Zoey dari kelas lain juga meminta untuk mengambil peperiksaan ini. Setiap orang mahu mempelajari sesuatu dengan lebih cepat. Aku bersyukur kerana diberi peluang.
Aku berazam untuk belajar pada cuti sekolah kali ini. Aku tidak pasti sama ada aku akan belajar atau tidak. Aku harap ya.
Hari Rabu, 7 Mei 2014 bersamaan 7 Rejab.
Waktu Elektif, waktu lapang. Hari ini berjalan seperti biasa. Alhamdulillah.
Hari Khamis, 8 Mei 2014 bersamaan 8 Rejab.
Sebelum ini, kami telah dimaklumkan bahawa pada hari Sabtu ini bekalan elektrik akan terputus. Ketiadaan elektrik akan bermula dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam. Oleh yang demikian, pelajar dibenarkan pulang ke rumah walaupun minggu ini bukan merupakan minggu pulang bermalam.
Aku berasa teruja dan gembira dengan berita ini.
Yalah, sudah pasti aku akan pulang ke rumah. Murid-murid yang tidak pulang akan dipindahkan ke Kolej Pendeta Za'ba pada pukul 10 pagi, hari Sabtu.
Waktu pertama merupakan PJK. Alhamdulillah, Cikgu Wan ada pada pagi ini. Kami bermain bola beracun.
Hari Jumaat, 9 Mei 2014 bersamaan 9 Rejab.
Berita malang.
Hari ini merupakan hari terakhir kelas Falsafah akan diadakan untuk tahun ini. Ini kerana kelas Falsafah hanya akan dipelajari sehingga berakhirnya semester 1. Hari itu kami tidak belajar apa-apa. Cikgu Sakinah hanya menunjukkan markah dan membacakan hasil kerja kami.
Cikgu Sakinah merupakan guru yang baik. Beliau merupakan ahli falsafah oleh yang demikian cara percakapan dan gayanya berbeza daripada gruru-guru lain. Aku suka dan menghormati beliau kerana beliau mempunyai ilmu yang luas dalam bidang Falsafah. Sesiapa yang menguasai bidang Falsafah, mereka akan berfikiran jauh. Ilmu Falsafah akan mempengaruhi dan mengubah cara seseorang.
Hal yang sama berlaku kepada sesiapa yang menguasai ilmu Agama.
Pada petang itu, aku pulang ke rumah.
Hari Sabtu, 10 Mei 2014 bersamaan 10 Rejab.
Aku berasa gembira berada di rumah. Benarlah kata-kata, Rumahku, Syurgaku.
Hari Ahad, 11 Mei 2014 bersamaan 11 Rejab.
Masih berada di rumah. Alhamdulillah. Aku menyiapkan kerja sekolah. Esok merupakan hari pertama peperiksaan. Nasib subjek Fizik dan Inggeris akan dipertarungkan dan dipertaruhkan esok. Malam itu tiada prep.
Seperti biasa, ketika peperiksaan akan ada 'optional prep'. Murid boleh memilih sama ada mahu pergi prep atau tidak. Sebabnya adalah kerana kebanyakkan murid lebih suka belajar sendirian di dalam bilik. Lebih senyap dan mudah untuk menumpukan perhatian terhadap pembacaan dan penghafalan. Itu adalah sebab tidak rasmi yang difikirkan oleh aku. Aku berfikir, jadi mengapa prep diadakan pada minggu bukan peperiksaan? Prep merupakan rutin wajib dan tiada pengecualian hari pada tahun lepas. Namun, oleh sebab permintaan Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Kolej prep dikecualikan pada hari Jumaat dan Sabtu. Kami, murid tahun ini mendapat keistimewaan ini di mana pengecualian prep berkuatkuasa pada tahun ini. Kami amat berterima kasih kepada anggota MPPTK tahun ini. Aku berharap prep akan dimansuhkan pada tahun-tahun akan datang.
Ayat:
Slogan hidup aku:
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.
Slogan hidup aku:
FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.
No comments:
Post a Comment