Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera
Peperiksaan kedua di Kolej PERMATApintar. Peperiksaan yang terakhir, untuk semester ini.
Hari Isnin, 12 Mei 2014 bersamaan 12 Rejab.
Dimulakan dengan peperiksaaan subjek Fizik pada waktu pagi. Alhamdulillah, bagi aku agak senang. Pada waktu petang pula merupakan peperiksan Bahasa Inggeris. Sekali lagi, senang peperiksaannya. Sebenarnya, Cikgu Dini boleh sahaja mengeluarkan soalan susah untuk subjek Fizik namun begitu beliau memeilih untuk memberikan soalan yang senang. Aku tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan yang susah itu. Aku memerlukan lebih banyak latihan.
Puan Diana masih lagi cuti sakit disebabkan beliau baru sahaja lepas menjalani pembedahan. Aku tidak tahu pembedahan untuk penyakit apa. Semoga beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Aamiin.
Hari Selasa, 13 Mei 2014 bersamaan 13 Rejab.
Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Wesak. Aku mengambil peluang dengan masa yang terluang ini dengan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran walau sedikit. Hari yang mendamaikan.
Kesimpulan yang aku dapat setelah menjalani peperiksaan di sini, aku suka minggu peperiksaan. Aku teringat, sebelum peperiksaan kali ini bermula, Doktor Rorlinda bertanya kepada kami apa perasaan kami menjelang peperiksaan ketika kelas Self Development. Adakah kami suka akan minggu peperiksaan? Jing Kai menjawap bahawa dia suka akannya. Ia disebabkan pelajar tidak perlu belajar. Pada masa itu, aku akui kebenaran kata-katanya. Semakin menjelang minggu peperiksaan, aku lebih memahami maksudnya. Bukan sahaja pelajar tidak perlu belajar malah mempunyai lebih banyak waktu senggang.
No comments:
Post a Comment