Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera :)
Ini adalah hasil kajian aku.
Sinopsis:
Kisah
Zic 9295, seorang Perdana Menteri Israel. Dia membunuh etnik 1800, sebuah etnik
yang beragama Islam.
Dia melarikan
diri ke sebuah rumah. Di luarnya malam yang gelap pekat. Sambil memikir-mikirkan apa yang
akan terjadi padanya, terngiang-ngiang soalan para hakim nanti. Bayangan
jawapannya jelas menunjukkan sifat kejamnya. Zic 9295 ialah kucing berduri kota
manakala etnik 1800 ialah anak-anak ayam desa.
“Kepungan
menjadi punca!” antara kata-kata Zic 9295 kepada orang yang mahu mengheretnya
kena hukum, dipenjarakan.
“Kenapa kepungan?” Tanya Hakim Jenayah. Barangkali itu pertanyaan hakim.
“Apabila mereka terkepung mudah membunuh. Bukankah saya kucing berduri kota? Mudah seperti membunuh anak-anak ayam desa. Membunuh tidak salah. Itu hukum alam!,” tegas Zic 9295 meninggi. Perkiraannya menyeleweng. Undang-undang ciptaan diri.
“Kenapa kepungan?” Tanya Hakim Jenayah. Barangkali itu pertanyaan hakim.
“Apabila mereka terkepung mudah membunuh. Bukankah saya kucing berduri kota? Mudah seperti membunuh anak-anak ayam desa. Membunuh tidak salah. Itu hukum alam!,” tegas Zic 9295 meninggi. Perkiraannya menyeleweng. Undang-undang ciptaan diri.
Zic 9295
ingin menjadi pemerintah yang berkuasa, yang mampu berbuat apa saja pada
pandangannya. Etnik 1800 perlu diusir dari negerinya!
Polis
antarabangsa datang menangkapnya. Dia harus dikemukakan ke muka pengadilam.
Kuasa tidak boleh disalahgunakan.
------------------------------
Tema:
Kekejaman Zic 9295.
Persoalan:
1)
Interaksi
dalaman Zic 9295 yang menafikan semua pertuduhan membunuh. Dia tidak mahu
dituduh membunuh!
2)
Cita-citanya
ingin menjadi lebih hebat daripada serigala gearbok. Tak perlu berdiri lama
sebagai pemimpin.
Watak/ Perwatakan:
1)
Watak
utama: Zic 9295- seorang yang kejam. Dia membunuh etnik 1800 kerana dia tidak
mahu mereka hebat dalam bidang ilmu dan pengetahuan. Dia mahu masa hadapan etnik
1800 musnah!
2)
Watak
sampingan: Etnik 1800- etnik yang beragama Islam. Dibunuh oleh Zic 9295 kerana
berlumba maju dalam bidang ilmu dan pengetahuan.
Plot:
1) Peringkat permulaan (eksposisi)
-Zic 9295 berada di dalam rumah di ruang tamu.
-Dia resah memikirkan nasibnya.
2) Peringkat perkembangan plot (mengakibatkan konflik)
-Zic 9295 bertanya kepada dirinya sebab dia membunuh
etnik 1800.
-Zic 9295 tidak mahu dituduh membunuh walaupun dia membunuh 1800.
Dia tidak mahu ditangkap.
-Dia
mencipta kenyataan putar belitnya bahawa dia tidak bersalah.
3) Peringkat pertengahan cerita iaitu perumitan (komplikasi)
-Zic 9295 membayangkan soalan para hakim. Dia menjawab dengan kenyataan putar belitnya.
-Pada pandangannya, etnik 1800 harus diusir dari negerinya. Sikapnya
melampau dan hilang pertimbangan.
4) Peringkat puncak (klimaks)
-Zic 9295 ditangkap oleh polis antarbangsa. Dia perlu
pergi ke mahkamah Jenayah Antarabangsa.
--------------
Teknik
Teknik plot: Imbas
muka dan dialog.
Latar: Latar tempat, latar masyarakat atau citra
masyarakat dan latar peralatan cerita dan watak.
Teknik sudut pandangan: Sudut pandangan orang ketiga
terbatas.
Gaya bahasa: Diksi, ayat, personifikasi, sinkof dan
perlambangan.
Pedoman/Amanat
Nilai: Keadilan, kebebasan, baik hati, kesyukuran,
kesederhanaan, rasional dan semangat bermasyarakat.
Pengajaran: Kita tidak boleh menindas orang lain seperti
Zic 9295 yang membunuh kaum 1800.
No comments:
Post a Comment