Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera
Hari Isnin, 21 April 2014. Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Aku pernah baca ayat yang berbunyi 'Ramai orang membenci hari Isnin. Adakah mereka tidak tahu hari Isnin itu di mana Rasulullah SAW dilahirkan?'
Self Development, kelas pertama. Kami ditayangkan sebuah video. Seronok video itu. Ia berkisah tentang seorang pelajar perempuan yang pekak dan bermain violin. Dia dihina oleh seorang lagi pelajar perempuan yang bermain piano. Pelajar yang bermain piano itu tidak suka akan pelajar pekak itu. Dia mula bertindak kejam untuk menghalang pelajar itu daripada memasuki sebuah pertandingan.
Setelah itu, Doktor Rorlinda meminta kami memilih satu watak,menulis emosi dan perasaannya, mengapa dia berasa begitu dan bagaimana dia mengatasinya. Aku memilih watak negatif kerana orang jahat lain daripada yang lain. Mereka tahu mereka perlu dan wajar bertindak baik tetapi masih membuat kejahatan. Aku rasa aku lebih memahami watak negatif.
Emosi hanya perlu satu. Aku menulis takut. Sudah jelas di wajahnya ketakutan. Perasaannya pula ialah marah, sedih, malu, geram, takut dan terhina. Marah, sedih dan malu kerana watak positif mengambil kemenangan yang sepatutnya menjadi miliknya. Geram kerana watak itu tidak berputus asa dan terhina kerana menanggap watak positif yang pekak itu tidak layak untuk bermain alat muzik. Dia takut lalu menganiayai watak positif itu.
Watak itu tidak dapat mengatasi perasaannya, kata Doktor Rorlinda. Tetapi aku menulis yang watak negatif itu mengatasi ketakutan dan kemarahannya dengan menganiyai watak positif. Dia mengatasi rasa malunya dengan berputus asa di akhir video. Aku rasa masuk akal.
Pada hari itu tiada BM kerana guru BM baru sahaja berkahwin pada minggu lepas. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan Cikgu Mior! :D
Kami membentangkan hasil kerja kami pada minggu lepas. Hari itu kami belajar tentang Khulafa' Ar- Rasyidin.
Hari itu berjalan seperti biasa. Alhamdulillah!
Ayat:
Slogan hidup aku:
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.
Slogan hidup aku:
FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.
No comments:
Post a Comment