Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera
Hari Ahad bersamaan 20 April 2014. Hari yang dinanti-nantikan.
Hari Ahad, Hari Keusahawanaan. Para murid Tahap Dua sudah awal-awal mempromosikan gerai mereka di kumpulan di Facebook. Hebat cara promosi mereka hinggakan aku rasa tertarik.
Hari itu mereka mula lambat sedikit kerana persediaan yang lewat. Aku pun membeli kupon.
Aku berasa hairan akan bilangan murid pada hari itu. Aku tidak nampak kebanyakkan murid Tahap Satu. Di dalam dewan itu, rata-ratanya murid Asas Satu yang membeli dan murd Tahap Dua yang menjual. Apa-apa pun makanan yang dijual enak-enak belaka. Selepas itu, rakan0rakan ku mengajak aku untuk pergi ke Maze dan Rumah Hantu. Apa lagi, aku terus bersetuju. Dua perkara itu terletak di lokasi yang agak jauh dari dewan. Maka, aku perlu bergerak dalam kumpulan untuk ke sana.
Untuk permainan Maze, aku berpasangan. Aku berasa seronok melihat 100/100 hasil kerja murid Thap Dua.
Setelah itu, aku dan Nabila pergi ke Rumah Hantu. Aku dapt mengecam 'hantu-hantu' tersebut.
Pada sebelah petang pula, ibuku datang. Alhamdulillah, ibuku berkesempatan untuk datang.
Hari yang panjang dan memenatkan. Apa-apa pun aku berasa gembira dengan kedatangan ibuku.
Ayat:
Slogan hidup aku:
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.
Slogan hidup aku:
FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.
No comments:
Post a Comment