Sunday, April 27, 2014

Muzik

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera

Hari Rabu, 23 April 2014.

Untuk dua jam yang pertama, kami membuat kerja Matematik bagi sesiapa yang belum menyiapkannya. Setelah itu, aku menghafal cerita Inggeris. Kami perlu mempersembahkan sebuah cerita Inggeris.

Doktor Riduwan tidak masuk kelas pada waktu muzik. Beliau tiba setelah waktu Muzik sudah tamat iaitu pada pukul 11.30 pagi. Sebelum itu, ketua kelas kami memberitahu bahawa tiada Sejarah pada hari itu. Puan Zaza meminta kami pergi ke perpustakaan memandangkan beliau tidak akan ada di kelas. Oleh itu, Doktor Riduwan mengambil waktu Sejarah. Aku tidak suka kelas Muzik pada hari itu. Doktor Riduwan menyebut sesuatu yang sangat sensitif. Malah, beliau menyebutnya berulang kali pada sesi pembelajaran hari itu. Aku rasa sangat pelik.

Aku tidak bersetuju dengan cara pengajaran Doktor Riduwan. Ia berisiko. Sangat sebenarnya. Aku takut akan apa yang rakan lelakiku akan fikir. Mungkin kelihatan bergurau dan ada gelak tawa namun imginasi itu boleh menjadi menakutkan.

Petang itu, kami menyiapkan laporan makmal untuk Biologi. Setelah itu merupakan kelas Seni Visual. Kami, kelas 1K2 lambat ke kelas Seni kerana subjek Biologi berlanjutan. Aku masuk ke Bilik Seminar dan terlihat seorang guru perempuan yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Rupa-rupanya beliau ialah guru Seni baharu. Beliau bukan menggantikan cikgu lain tetapi merupakan guru tambahan.
Hari itu, kami melukis sesuatu dan mewarnakannya dengan dilapik duit syiling di bawahnya.

Aku masih terganggu dengan apa yang berlaku ketika kelas Muzik. Aku masih mengingatinya pada hari aku menulis jurnal ini. Hari itu, aku berasa pelik, gara-gara kejadian di kelas Muzik.


Ayat:

Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.


Slogan hidup aku:

FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.



No comments:

Post a Comment