Sunday, April 27, 2014

Puisi MH370.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera

Hari Isnin bersamaan 28 April 2014. Cikgu Mior memberikan kami tugasan untuk membuat sebuah puisi yang berkaitan dengan MH 370.


MH370.

O dunia
Dunia sekarang

Digemparkan, dihebahkan, dihebohkan
Misteri MH370
Malaysia, watak utama
Dalam cerita yang tiada hujungnya
Kelak generasi mengenalinya sebagai sebuah misteri
Yang masih misteri, tidak dapat dirungkai
Seperti mana kejadian yang sebelum ini
Diulang tayang dan diingati kepada generasi kini
Sehingga mereka tahu dan mengenali
Apakah kejadian ini akan menjadi seperti mereka?
Sejarah berulang lagi
Dengan Malaysia sebagai watak utamanya

Konspirasi, spekulasi
Pasti berpenghujung
Hilangnya ahli keluarga
Ditangisi, memarahi Malaysia
Malaysia dicaci, dihina, dikutuk
Rakyat tidak mengetahui

Perdana Menteri
Tabah dan sabar
Dipandang serong, dicaci dan dikutuk
Malaysia watak utama
Perwatakannya dicipta oleh mereka
Ironi, sungguh malang

Cerita yang diingat
Diulang tayang, direkodkan
Siapa pengarangnya?
Sudah tentu Allah
Menggenggam seribu kisah di darat, laut dan udara

MH370
Sebuah cerita
Yang ditunjukkan

Rakyat menangis
Malaysia dilimpahi tangisan dan doa

Inilah bayarannya
Untuk menjadikan Malaysia dilimpahi tangisan dan doa
Hilangnya gelak tawa dan rancangan hiburan
Alasannya
Menghormati MH370
Apakah mereka tidak ketahui?
Allah itu Maha Berkehendak.


Ayat:

Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.


Slogan hidup aku:

FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.

6 comments:

  1. Terima kasih di atas komen anda. :D

    ReplyDelete
  2. Puisi yang bagus. Tapi terdapat banyak pengulangan ayat, maksud juga agak bercelaru. Mungkin boleh ubah di masa lain.

    ReplyDelete
  3. Puisi yang bagus.... Seperti yang Syarifah cakap, pengulangan ayat terlalu banyak... ianya agak memeningkan. Susah untuk maknanya samapi kepada pembaca... Mungkin boleh dibaiki lagi...

    ReplyDelete