Sunday, April 27, 2014

Ya ALLAH, peliharalah umat Islam!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera

Hari Ahad bersamaan 27 April 2014.
Hari yang mendamaikan. Aku menonton cerita dan rancangan hiburan Korea bersama emakku. Ahli keluargaku meminati cerita Korea tidak terkecuali emakku. Keluargaku amat aktif. Kakakku sensitif tetapi sensitif jenis lain. Keluarga aku amat sporting dan kasar. Jika dilihat, aku selalu kasar dengan keluargaku. Kami selalu menyindir dan memerli antara satu sama lain. Aku lihat ia sebagai sesuatu yang positif. Dalam menyindir, kami memastikan mesej kami sampai. Kami menggunakannya untuk menasihati. Aku risau jika keluargaku menjadi seperti keluarga rakan-rakanku yang lain. Mereka tidak mengikut ajaran agama Islam yang sebetulnya. Mereka tidak menutup aurt dan bergaul bebas.
Aku risau jika kakak aku menjadi seperti itu. Tambahan pula, kakak aku bersekolah di sebuah sekolah yang diketahui dengan muridnya yang tidak berakhlak. Kakak aku pintar, ibuku selalu menyebutnya. Cuma dia malas. Aku tahu dia cukup pintar untuk memilih jalan yang betul. Semoga Allah melindungi dan memlihara aku, keluargaku dan umat Islam daripada gangguan syaitan yang direjam.

Petang itu, aku pulang ke PERMATApintar. Aku berasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan keluargaku dan menonton televisyen. Apatah lagi menonton televisyen merupakan hobiku. Aku rasa suatu hari itu panjang jika aku menonton televisyen dan sebaliknya. Jika aku tidak menonton televisyen, aku rasa hari itu pendek. Walau sebenarnya menonton televisyen itu membuang masa. Hal itu lain bagi aku. Suatu hari itu menjadi pendek dan tidak bermakna tanpa menonton televisyen.

Ketika prep, aku membuat kerja sekolah.

Ya ALLAH, tuhan sekalian alam! PELIHARALAH kami daripada gangguan syaitan. Masukkanlah AKU, KEDUA IBU BAPAKU, KELUARGAKU, RAKAN-RAKANKU, GURU-GURUKU, ULAMA'-ULAMA'KU serta MUSLIMIM DAN MUSLIMAT di dunia ini ke dalam GOLONGAN YANG MENDAPAT HIDAYAH MU! Aamiin...


Ayat:

Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.


Slogan hidup aku:

FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.

No comments:

Post a Comment