Monday, April 28, 2014

Selepas puisi MH370.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera

Isnin bersamaan 29 April 2014.

Kami membuat ujian ketika waktu Self Development. Ujiannya tentang kecerdasan emosi atau EQ. Soalannya senang kerana kami pernah belajar sebelum ini dan perkara yang masuk dalam ujian itu bersifat umum. Budak tadika juga boleh menjawabnya.

Setelah itu merupakan kelas Bhasa Malaysia. Kami disuruh membuat puisi berkisar tentang MH370 dalm masa yang singkat. Alhamdulillah, aku dapat menyiapkannya. Aku agak terkejut dengan kemampuan aku dan rakan-rakan aku yang lain. Kami dapat membuat puisi yang mempunyai makna yang mendalam. Pemilihan kata, susunan perenggan dan struktur ayat yang mantap. Walau tidak semantap sasterawan-sasterawan negara yang lain, puisi kami mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Aku puas hati dengan hasil kerja aku yang dilakukan dalam masa yang singkat.

Cikgu Zaza tidak datang hari itu. Beliau mengambil cuti sakit kerana demam. Beliau menghantar mesej kepada aku untuk memaklumkan kepada yang lain. Katanya lagi, beliau sudah demam untuk tiga hari. Aku mendoakannya agar cepat sembuh.

Petang itu berjalan seperti biasa. Namun, kami habis kelas awal kerana Cikgu Mohd Noor tiada. Datuknya meninggal dunia. Aku dapat tahu melalui pengumuman yang dibuat pada berhimpunan rasmi pada pagi itu.
Al-Fatihah.

Ayat:

Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.


Slogan hidup aku:

FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.

No comments:

Post a Comment