Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera
Khamis, 17 April 2014.
Hari ini Doktor Rorlinda datang. Beliau menyampaikan ucapan ketika perhimpunan. Beliau berpesan untuk berbudi bahasa dan menjaga nama PERMATApintar. Hari itu, pihak Petronas datang untuk menemu duga 'fast track' Tahap Dua. Fast track bermaksud mereka sudah mengambil S.P.M. pada tahun lepas. Kak Rahazimah, salah seorang daripada fast track. Dia berumur 16 tahun pada tahun ini.
Aku mendoakan kejayaan mereka.
Kami tidak dibenarkan untuk menggunakan blok kelas dan makmal fasa dua. Ini kerana temu duga itu dijalankan di sana.Cikgu Wan menyuruh kami membaca buku teks P.J.K. pada hari itu kerana beliau mempunyai urusan di luar. Namun, buku-buku teks itu terletak di bangunan fasa dua. Kami sekelas mengambil keputusan untuk pergi ke perpustakaan.
Setelah itu, subjek Inggeris. Ia diadakan di fasa satu. Aku merupakan pelajar pertama yang sampai di kelas itu diikuti dengan Grace. Ketika akami tiba, pelajar-pelajar kelas lain baru sahaja keluar dari kelas Puan Diana.
Kelihatan Puan Diana gembira pada hari itu.
Cikgu BM kami tiada pada hari ini. Jadi masing-masing membuat aktiviti sendiri. Ada yang menyiapkan kerja Biologi, menulis blog dan tidak kurangnya yang berbual. Aku dan beberapa kawanku menonton drama Korea di komputer riba milik salah seorang kawanku. Bagi yang meminati budaya Korea, drama Boys Over Flowers sudah tidak asing lagi. Drama itu pernah ditayangkan di saluran KBS, suatu saluran Korea.
Aku sudah bersedia untuk kelas Biologi pada hari itu. Cigu sudah memaklumkan kepada kami bahawa kami akan membuat suatu eksperimen berkaitan kesan solusi terhadap bahan. Kami dibahagikan kepada dua buah kumpulan mengikut jantina. Almaklumlah, kelas kami hanya mempunya tujuh orang murid lelaki dan lapan orang murid perempuan.
Seronok sekali apabila melihat kerjasama antara kami. Melihat suatu ukhuwah.
Petang itu, aku ada kelas Bahasa Arab. Ustaz Sau'ri merupakan seorang ustaz yang mengajar Maahad Tahfiz Kajang. Suatu sekolah di mana kakak rakanku bersekolah. Sekolah itu tidak asing bagi aku dan rakan-rakan lamaku.
Suatu perkataan yang dapt menerangkan hari itu ialah:
TENANG.
Ayat:
Di kala umat Islam, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurkan Islam.
Slogan hidup aku:
FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.
No comments:
Post a Comment