Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera
18 April 2014 bersamaan hari Jumaat. Penghulu bagi segala hari.
Matematik. Cikgu Suzaina telah memaklumkan kami bahawa beliau tiada pada hri ini. Beliau menyuruh kami untuk pergi ke makmal komputer untuk mencari maklumat tugasan. Kami diberi tugasan unutk mencari sebab mengapa lima kuasa kosong bersamaan dengan satu ataupun five power of zero equals to one.
Seperti biasa, guru Falsafah kami akan membawa makanan setiap kali kelas. Suatu hari, salah seorang rakanku berkata alangkah seronoknya jika kelas Falsafah ada pada setiap hari. Ada paradoks di situ. Lalu aku berkata kepadanya bahawa cikgu membawa makanan setiap kali kelas kerana subjek Falsafah hanya seminggu sekali. Walau kelas Falsafah diadakan pada setiap hari, cikgu pasti masih membawa makanan seminggu sekali.
Hari ini sesuatu berlaku ketika kelas Bahasa Inggeris. Kelas aku dan kelas 1K1 digabungkan. Aku lebih seronok jika kelas kami digabungkan. Walau bising tetapi meriah. Kebisingan itu bukanlah kebisingan yang percakapannya boleh didengari dan jelas. Perkara itu pun mengganggu aku. Namun, kebisingannya harmoni. Aku tidak dapat mendengar percakapan mereka dengan jelas dan ia tidak mengganggu aku. Seolah-olah ketika berada di pasar malam atau di kedai makan.
Puan Diana marah. Beliau keluar dari kelas. Jelas menunjukkan beliau kecewa dengan kami. Hal ini disebabkan sikap beberapa orang rakanku yang tidak dapat menumpukan perhatian ketika beliau sedang mengajar. Beliau rasa dikianati kerana usaha beliau yang sia-sia. Walau aku tidak tahu apa sebenarnya yang rakanku buat.
Sebenarnya ia situasi yang terjadi mengikut keadaan. Dua orang rakanku sedang membentangkan hasil tugasan mereka di hadapan dan ada kesalahan tatabahasa yang pada aku sangatlah cuai. Lalu Puan Diana mula meninggikan suaranya dan ketika beliau cuba membetulkan kesalahan itu, beliau terdiam. Rupanya ada rakanku yang berbual walau sedikit. Beliau diam. Kelas sunyi sepi. Akhirnya beliau mengemaskan buku-bukunya dan beredar dari kelas selepas berpesan kepada kami agar mengunci pintu kelas.
Aku lihat jam tangan. Sudah tamat waktu. Puan Diana tidak akan keluar dari kelas jika masih ada banyak masa lagi. Keadaan yang menunjukkan lagi sifat kekecewaan Puan Diana.
Seketika kemudian, aku rasa kelakar. Walau aku tahu sepatutnya tidak. Aku pernah mengalami situasi seperti ini malah lebih teruk lagi. Seorang guru keluar dari kelas pada awal waktu pembelajaran. Aku rasa Puan Diana mengalami dua jenis kekecewaan. Pertama di atas sikap kami. Ini tersangatlah aku faham. Kedua di atas ketidaktahuan kami. Ini aku masih boleh terima. Puan Diana kecewa di atas sikap kami yang tidak mahu berusaha belajar untuk mengatasi ketidaktahuan kami.
Perkara yang aku fikir, hal ini pasti naik ke pengetahuan Pengarah dalam mesyuarat kelak. Percayalah, kami mungkin tiada kelas lagi disebabkan mesyuarat itu. Aku dapat membayangkan muka guru-guru.
Aku memerhati riak muka kawan-kawanku. Ada yang tersangar risau, menyalahkan orang lain, tersenyum, selamba dan bersalah. Aku sangat memahami perasaan bersalah. Di mana sudah terang lagi bersuluh engkaulah penyebab Puan Diana marah. Malah bukan suatu kumpulan bersalah namun hanya dua orang murid sahaja. Sebenarnya aku tidak tahu penyebab Puan Diana kecewa dengan jelas. Salah seorang daripada mereka menangis. Aku tidak hairan memandangkan mungkin hal itu akan tersebar ke pengetahuan senior-senior dan pandangan serong rakan-rakan. Mereka mungkin tidak memandang serong. Namun si berasa bersalah akan memikirkannya. Itulah perkara pertama yang difikirkan.
Ada yang tersangat risau. Muka mereka kerut seribu. Aku agak ini kali pertama mereka mengalami kejadian seperti ini. Aku salah seorang daripada yang tersenyum. Selepas Puan Diana keluar, aku memandang seorang rakanku dan kami tersenyum pada satu sama lain. Fahamlah aku.
Nasib baik tiada golongan manusia yang aku harap tiada. Golongan yang bersemangat dan bising. Mereka tidak percaya dengan kejadian itu dan beraksi seolah-olah sedemikian. Mereka terlalu bersemangat dan bercakap dengan nada yang kuat. Mereka menyebarkan cerita dengan mata yang bulat dan besar menandakan mereka terlalu terkejut dan tidak percaya. Golongan ini terlalu ekstrem dan kepoh.
Apa-apa pun, aku dapat jangka perkara yang akan berlaku selepas ini. Aku rasa sudah cukup teruk akan hal seorang guru keluar dari kelas untuk dibangkitkan dalam mesyuarat nanti. Adakah perkara ini akan tersebar luas? Adakah ia akan disebutkan dalam perhimpunan nanti? Yang pasti perkara ini pastinya ditulis sama oleh kawan-kawanku yang juga menerima tugasan untuk menulis jurnal pada setiap hari di blog masing-masing. Jika terjumpa blog yang mengatakan hal ini, dia adalah salah seorang rakanku.
Ayat:
Slogan hidup aku:

Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.
Slogan hidup aku:
FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.
No comments:
Post a Comment