Friday, April 18, 2014

Mesyuarat

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat sejahtera


Hari Rabu bersamaan 16 April 2014, hari jadi salah seorang rakanku, Nadia. Semoga dia mendapat penamatan yang baik. Semoga dia berada di jalan yang lurus, gembira dan ceria selalu. Aamiin.

Hari itu kami tidak belajar langsung. Dua jam yang pertama adalah masa  untuk subjek Elektif. Memandangkan kami, Asas Satu belum lagi boleh mengambil subjek Elektif, kami lapang pada masa itu. Aku mengambil keputusan untuk mengulang kaji pelajaran Biologi . Aku lihat semula kandungan buku teks yang sudah ku lupa. Kami sepatutnya duduk di dalam kelas prep namun salah seorang rakan kami mengatakan ada murid lain yang mahu guna kelas itu. Ia pernah terjadi sebelum ini. Jadi, kami pindah ke kelas 1K3. 

Jam menunjukkan jam 0955. Aku pergi ke Dewan Makan dan lalu di hadapan kelas prep. Ada sekumpulan rakan ku di dalamnya. Aku pun menyertai mereka.


Kami tidak belajar subjek Muzik dan Sejarah kerana para guru ada mesyuarat.

Petang itu, kelas Biologi dan Seni dibatalkan. Besar kemungkinan kerana mesyuarat itu. Hairan akan keadaan mesyuarat itu. Namun apabila difikirkan semula, ia tidakla terlalu menghairankan kerana sekolah kami memang lain daripada yang lain. Sebagai contoh, walau perkara yang remeh temeh tentang pelajar akan dibincangkan. Almaklumlah, sekolah ini ingin menjadikan pelajarnya holistik. Bukan sahaja daripada segi intelektual malah sosial dan emosi.

Ayat:

Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.

Slogan hidup aku:

FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.

No comments:

Post a Comment