Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera
Hari Khamis bersamaan 24 April 2014, hari pembentangan cerita Inggeris.
Pada mulanya kami perlu membentangkan cerita itu pada waktu Inggeris iaitu pada waktu pagi. Namun begitu, Puan Diana mempunyai urusan lain dan ditunda ke petang. Alhamdulillah, aku mempunyai masa untuk memperbaiki ceritaku.
Setelah rehat merupakan waktu Bahasa Malaysia. Aku ingat Cikgu Mior tiada kerana ada khabar angin mengatakan beliau pergi berbulan madu. Sangkaanku meleset. Beliau memeriksa akaun blog kami. Alhamdulillah, aku hanya belum menulis dua buah jurnal. Kami diberi tugasan membuat sebuah novel pendek.
Seterusnya ialah Biologi. Cikgu Fairuz memberikan kami laporan makmal. Kami hanya menyalin lapoaran makmal itu kecuali bagi beberapa bahagian. Beliau menyuruh kami mencari dan membuat sendiri. Cikgu Fairuz juga mengingatkan kami untuk menghantarnya tepat pada waktunya.
Kelas Bahasa Arab tiada pada hari itu.
Ayat:
Slogan hidup aku:
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.
Slogan hidup aku:
FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.
No comments:
Post a Comment