Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Entri kali ini bertajuk MH370. Cikgu B.M kami menyuruh kami menulis sebuah entri tentang MH370. Kami tidak diberi masa yang panjang. Oleh itu, entri saya tidaklah panjang dan lebih mendalam. Ini kerana kami perlu memastikan kesahihan sumber cerita tentang MH370. Salah satu nilai etika penulis ialah dia perlu memastikan cerita yang ditulisnya benar dan daripada sumber yang sahih serta perlu bertanggungjawab terhadap penulisannya.
Seperti yang kita ketahui,
MH370 hilang dalam perjalanan ke Beijing Capital International Airport dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. MH370 merupakan sebuah pesawat udara jenis Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines Flight. Ia terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas pada 8 Mac 2014 pada pukul 0120, kurang daripada sejam berlepas. Pada pukul 0724, Malaysia Airlines (MAS) melaporkan akan kehilangan pesawat itu. MH370 membawa 12 orang krew warga Malaysia dan 227 orang penumpang dari 14 negara.
Usaha mencari dan menyelamat dari pelbagai negara merupakan yang terbesar dalam sejarah dunia.
Pada 24 Mac 2014, kerajaan Malaysia membuat kenyataan bahawa perjalanan terakhir pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi atau erti kata lain tenggelam ke dalam Lautan Hindi. Ia berdasarkan analisis oleh British Air Accidents Investigation Branch (AAIB). Sejak 22 Mac 2014, banyak serpihan laut telah dijumpai di kawasan pencarian namun tidak suatu pun berkaitan dengan MH370. Sebuah pasukan antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat tentang kemalangan tersebut.
1)Ada yang menerima kenyataan tersebut dan tidak kurang juga yang menafikannya. Yang menerima kenyataan tersebut, mereka membuat spekulasi tentang sebab pesawat itu tenggelam di Lautan Hindi. Yang menafikannya pula cuba memberi kenyataan tentang keadaan pesawat itu.
Sebagai contoh ada khabar angin yang mengatakan bahawa ada seorang ustaz yang bermimpi bahawa pesawat itu dikawal daripada jauh. Terdapat banyak persoalan yang timbul daripada kenyataan ini.Pertama, wujudkah ustaz yang dikatakan itu? Kedua, benarkah ustaz itu tidak menipu? Khabar angin ini tersebar di whatapps.
Manusia menyebarkan sesuatu khabar angin yang tidak dipastikan kesahihannya dan menyatakan bahawa dia tidak pasti akan khabar angin tersebut. Mereka memberi alasan bahawa mereka mahu berkongsi pendapat dan kemungkinan yang ada. Semua perbincangan akan kemungkinan dan pendapat itu hanyalah sia-sia sahaja. Ini kerana ia adalah sebuah perbincangan yang tidak disertakan sekali dengan ilmu yang benar dan perkara yang dibincangkan bersifat masa hadapan, sesuatu yang tidak pasti dan hanya dapat diketahui pada masa akan datang. Sudah tentu perbincangan yang dibuat tidak berakhir dengan satu keputusan.
Khabar angin kedua mengisahkan tentang negara China dan Russia. Di dalam pesawat MH370 terdapat saintis China yang membawa sesuatu yang sangat berharga sehinggakan dirahsiakan akan kewujudannya. Sebab itulah negara China bersunggu-sungguh menolong dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Khabar angin ini lebih logik namun masih ada keraguan. Benarkah khabar angin ini? Khabar angin ini hanyalah disebarkan semata-mata namun tidak dapat dibuktikan. Ada kemungkinan khabar angin ini dimulakan oleh seseorang secara sengaja dan disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sehinggalah dikenali sebagai khabar angin yang terkenal dan misteri. Orang lebih mempercayai akan khabar angin yang disampaikan dan melalui pelbagai pihak atau sumber. Sebagai contoh khabar angin ini daripada sumber A yang diambil daripada sumber B dan seterusnya C, D, E, F, G, H, I, J, K sehinggalah sampai ke pemulanya. Masyarakat akan lebih mempercayainya dengan alasan khabar angin ini tidak akan salah jika disebarkan oleh pebagai pihak. Oleh sebab itu, kita harus bertanggungjawab di atas berita yang disebarkan oleh kita.
2)Rakyat negara lain mahupun rakyat Malaysia sendiri mengutuk kerajaan Malaysia. Lebih tepat rakyat negara lain mengutuk Malaysia. Apa maknanya? Maknanya mereka mengutuk satu Malaysia, bukan setakat kerajaan Malaysia.
Saya terfikir apakah yang akan terjadi jika saya merupakan seorang perdana menteri yang menguruskan semuanya atau ahli keluarga perdana menteri yang dipandang serong?
Rakyat Malaysia mahukan kerajaan yang terbaik, yang mampu membimbing dan membangunkan mereka. Ummah memerlukan pemimpin yang beriman dan dapat membangunkan umat Islam dengan cara yang berlandaskan syariat Islam. Pemimpin mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu. Oleh itu, soal pemilihan pemimpin adalah sangat penting. Tanda kiamat salah satunya ialah orang yang paling hina antara yang kalian dilantik sebagai ketua.
Namun sekarang bukanlah masanya untuk menyalahkan kerajaan di saat Malaysia dikutuk terang-terangan di peringkat antarabangsa.Ada rakyat Malaysia yang mengutuk kerajaan semata-mata. Kita perlu sedar dan tahu akan fitnah dan cacian yang dilemparkan kepada negara Malaysia. Ironinya, rakyat Malaysia tidak ambil tahu dan sedar akan teruknya hal ini.
Pendapat saya, tidak perlulah untuk berbahas akan kejadian yang menimpa pesawat MH370. Tidak perlulah menyebarkan khabar angin yang kita sendiri tidak pasti. Menyebarkannya bermaksud kita bertujuan utuk menimbulkan keraguan pada orang lain. Rakyat Malaysia dan umat Islam perlulah bersatu.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk umat Islam.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka yang satu, menghancurkan umat Islam.
Bangkitla wahai umat Islam!

No comments:
Post a Comment