Tuesday, April 15, 2014

Julung Kalinya Tugasan

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Nama saya Nurfariha Akmal Fawwazah binti Abdullah Fauzi. Saya diberi tugasan oleh cikgu Bahasa Malaysia untuk menulis jurnal.


Semalam, pada hari Isnin bersamaan 14 April 2014, sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang dikendalikan oleh kelas kami. Ucapan bahasa antarabangsa dimulakan dengan perhimpunan kali ini. German, ucapannya diucapkan dan diterjemahkan oleh dua orang senior kami.

Seterusnya, kelas 'Self Development', suatu subjek atau lebih cenderung kepada suatu sesi di mana pelajar mengembangkan bakat diri. Hari itu, Doktor Rorlinda mengendalikan kelas kami lagi sekali. Pada hari itu berbeza sedikit kerana kebiasannya kami akan duduk di atas karpet. Namun, kami ternampak kerus-kerusi yang tersusun rapi menghadap sebuah skrin seolah-olah mesyuarat yang dihadiri oleh dan ibu bapa ketika memasuki Bilik Gerakan.

Doktor Rorlinda masuk dan memasang lagu sedih yang sering didengari. Beliau menceritakan tentang E.Q (Emotional Intelligence) atau kecerdasan emosi. Dengan nada, intonasi, struktur ayat, pemilihan kata dan ekspressi wajahnya yang cukup mantap menarik minat kami. Setelah itu, beliau menunjukkan kami sebuah video iaitu sebuah babak yang diambil daripada sebuah drama. Di mana seorang lelaki mendera anak lelakinya ketika sedang makan bersama adik perempuannya. Lelaki tersebut memukul kepala anak lelakinya manakala anak perempuannya menangis. Ditempelak oleh ayahnya si adik kerana menangis.

Setelah tayangan video tamat, Doktor Rorlinda bertanyakan perasaan kami. Perasaan-perasaan tersebut disalin oleh rakan saya di papan putih hadapan kerana disuruh oleh beliau. Ada yang menjawab geram, marah, simpati, keliru, terhibur dan sedih.

Kami diterangkan jenis dan sebab sesuatu perasaan dan perbezaan antara perasaan dan emosi.
Makna perasaan ialah perasaan yang dirasakan dan tidak diluahkan manakala emosi ialah perasaan yang dirasakan dan diluahkan sama ada melalui ekpressi muka, kata-kata mahupun perbuatan. Tambahnya lagi, wajah adalah penterjemah emosi yang utama dan paling jujur.Orang yang mempunya E.Q. yang tinggi dapat mengawal emosinya dalam kata lain terjemahan yang menterjemahkan perasaanya. Sebagai contoh orang yang tinggi EQnya tidak akan melenting apabila marah. Dia dapat mengawal muka, lisan dan perbuatannya.

Ada pelbagai perasaan. Antaranya marah, gembira, malu, sedih dan takut. Mengikut psikologi, marah disebabkan seseorang melanggar nilai dan kepercayaan anda. Ada dua lagi sebab tetapi saya tidak ingat.

Kami tidak sempat untuk menghabiskan pembelajaran kerana sudah tamat waktu. Namun, kelas pada hari itu sangat bermanfaat dan berkualiti kerana diajar oleh seseorang yang mahir dalam bidang kaunseling.

Setelah itu adalah waktu B.M. Cikgu memberikan kami tugasan yang memerlukan konsistensi. Artikel ini merupakan salah satu daripadanya.

Hari itu berjalan seperti biasa. Namun, kelas S.D banyak mengajar saya cara untuk lebih memahami minda seseorang.

Sekian. Assalamua'laikum.



No comments:

Post a Comment