Wednesday, April 16, 2014

IQRA'!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

MASA MUHASABAH!

Kelas pertama ialah Matematik. Pada hari itu iaitu Selasa bersamaan 15 April 2014, kami belajar bab Algebra tingkatan dua. Ia memerlukan latihan. Cikgu Suzaina meminta kami untuk mencari maklumat tentang mengapa lima kuasa dua bersamaan satu atau five power of two equal to one. Soalannya mengapa?
Cikgu menyuruh kami meneroka, seperti slogan sekolah kami Teroka, Cipta, Bitara. Ia bukanlah sekadar slogan semata-mata, pembelajaran di sini memang berdasarkan slogan itu. Ataupun yang sebenarnya sekolah ini memang begitu dan slogan itu dibuat berdasarkan sekolah ini, bukan sebaliknya.

Pembelajaran secara teroka memang ada kelebihannya. Tetapi tetap ada kekurangannya. Apabila tiada buku teks, murid perlu merujuk kepada internet untuk mencari maklumat dan seklai gus menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Akan timbul masalah di mana terdapat pencanggahan maklumat di internet. Oleh kerana tugasan perlu disiapkan dalm masa yang ditetapkan maka pelajar tidak meneroka dengan luasnya. Hanya sekadar untuk mencari malumat. Satu perkara penting apabila meneroka ialah kita perlu meneroka dan mencari maklumat daripada pelbagai sumber, barulah boleh membuat kenyataan. 
Buku teks dibuat oleh pakar dan mendapat pengesahan daripada pelbagai pihak maka kandungan buku teks boleh dipercayai. Namun apabila teroka, akan ada ilmu yang tidak lengkap.

Namun begitu, pembelajaran secara teroka memang bayak kelebihannya. Ia mengajar murid untuk tidak bergantung kepada buku teks semata-mata. Ia juga mengajar bahawa buku teks bukanlah satu-satunya sumber ilmu apabila menghadapi peperiksaan. Pelajar juga akan mendapat ilmu pengetahuan tambahan apabila meneroka sesuatu maklumat secara sengaja atau tidak. Namun seprti saya kata akan timbl masalah di mana kesahihan maklumat itu tidak dipastikan. Pembelajaran secara teroka mengajar murid cara menggunakan kemudahan internet, suatu kemahiran yang menjadi kewajipan pada masa kini. Ada ayat, Semuanya Sudah Ada Di Hujung Jari. Benar sekali ayat tiu. Teroka dapat mengasah kemahiran sosial murid. Bukan setakat membaca dan menghafal kandungan buku teks dan berjaya dalam peperiksaan namun belajar aripada pelbagai sumber. Sekolah ini mahu melahirkan pelajar yang sedemikian ripa. Namun masih ada masalahnya iaitu ilimu yang didapat kemungkinan besar tidak lengkap dan ada percanggahan maklumat. Ia disebabkan kemalasan pelajar atau kekangan masa.

Pada hari itu ada ujian lisan Agama. Senang sekali ujiannya. Ia berdasarkan empat buah hadis. Ustazah hanya mengedarkan empat helai kertas yng terkandung hadis-hadis tersebut serta maknanya seklai. Tiada huraian mahupun penerangan. Ustazah mau kami mencari sendiri. Apabila msuk dalam bidang agama, kemugkinan pencanggahan maklumat adalah sedikit. Ini kerana bab agama adalah sesusatu yang tetep, tidak boleh berdasarkan pendapat setiap orang melainkan Al-Quran dan As-Sunnah. Bab agama bersifat kenyataan dan memerlukan pembacaan. Maka ada banyak buku tentangnya. Saya disuruh menghuraikan perkara haji. Saya pun menerangkan haji seperti mana yang dibelajar dalam subjek Feqah di sekolah agama dahulu.
Ketika menerangkannya sudah banyak yang saya lupa. Apabila tiba hal jenis haji, saya lupa dan berhenti di situ. Ustazah lalu berkata tidak mengapa kerana hal jenis haji adalah hal yang dipelajari dalam buku teks tingkatan dua tidak silap saya.
Hal jenis haji sudah saya pelajari ketika tahun enam. Maka saya terfikir apa yang terjadinya sekiranya pelajar tidak sekolah agama dahulu? Pelajaran agama di sekolah agama dan sekolah kebangsaan sangatlah berbeza sekali. Tanggapan  pelajar yang tidak bersekolah agama ialah subjek Agama itu hanyalah mengajar perkara asas seperti akhlak dan ambil ringan akannya. Lain pula bagi yang pernah bersekolah agama. Subjeknya lebih khusus dan menyeronokkan. Jika kita lihat, hal yang dipelajari di sekolah rendah agama baru diajari di sekolah menengah kebangsaan. Semakin lama semakin susah. Namun begitu, sebelum hal yang suasah itu tiba, pelajar akan menganggap subjek Agam sangatlah remeh dan sekadar subjek elektif. Mengapa subjek Agama di sekolah kebangsaan tidak berat seperti di sekolah agama? Kasihan yang tidak bersekolah agam, mereka bergantung akan subjek Agama di sekolah kebangsaan. Dikatak nanti akan menjadi beban untuk pelajar, tidak. Malah, yang bersekolah agama itula yang mendapat 5A dalam UPSR di sekolah kebangsaan. Mlah mereka juga mendapat Mumtaz untuk PSRA. Tidak mustahil untuk mengambil kesemua subjek.


Setelah itu kami ada pembentangan untuk subjek Kimia. Alhamdulillah ia berjalan dengan lancar. Seterusnya Fizik. Saya tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Saya perlulah belajar sendiri semula. Belajar itu memang susah. Ada ayat
Jika kamu tidak dapat menanggung peritnya belajar, maka kamu Akan Menanggung peritnya kebodohan.

ALLAH SWT menyuruh umatnya belajar. Wahyu pertama yang Nabi MUHAMMAD SAW dapat ialah surah Iqra' ayat 1 hingga 5. ALLAH SWT menyuruh umat Islam membaca. Perkataan Iqra' dalam bahasa Arab ada banyak makna. Iqra' juga bermaksud mengkaji!




Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk umat Islam.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka yang satu, menghancurkan umat Islam.




No comments:

Post a Comment