Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera
Hari Jumaat, penghulu bagi segala hari. Aku amat menyukai hari ini.
Hari ini merupakan hari yang istimewa dalam agama Islam. Hari ini juga menandakan akan ketibaan hari cuti. Pada hari ini akan diadakan Merentas Desa.
Aku merupakan ahli rumah sukan Ruby iaitu merah. Sekolah aku mempunyai empat buah rumah sukan iaitu Topaz, kuning, Emerald, hijau dan Sapphire, biru. Nama-nama rumah sukan ini diambil daripada nama-nama permata yang wujud di muka bumi ini. Ia sesuai dengan nama sekolahku, PERMATApintar.
Sehari suntuk kami tidak belajar atas acara ini. Aku teruja memandangkan ia merupakan acara Merentas Desa yang pertama ketika aku belajar di sekolah ini.
Alhamdulillah, aku mendapat tempat keempat. Hanya ada sedikit perbezaan di antara aku dan tempat kelima. Dia memecut dalam jarak pendek untuk tiba di garisan penamat. Aku tidak dapat mendengar bunyi tapak kakinya. Ketika aku menyedari dia sedang memecut, dia betul-betul berada di sebelah kiriku. Tanpa menoleh kebelakang, aku terus memecut. Alhamdulillah.
Aku juga gembira pada hari itu kerana ibuku akan datang. Minggu itu merupakan minggu pulang bermalam. Minggu yang paling aku gemari.
Ayat:
Slogan hidup aku:
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.
Slogan hidup aku:
FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.
No comments:
Post a Comment