Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Dan selamat sejahtera
Hari Sabtu, 19 April 2014.
Anggapanku, hari ini tiada perjumpaan golf ekoran pemberitahuan guru kami pada minggu lepas. Beliau memberitahu bahawa beliau tiada pada minggu ini lantaran memberikan tugasan kepada kami. Sangkaanku meleset. Seorang seniorku memberitahu bahawa perjumpaan sukan golf akan diadakan.
Tepat pukul 8 pagi, aku berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna untuk menaiki bas ke tempat latihan.
Alhamdulillah, aku mendapat tempat duduk. Setibanya di sana, pelajar yang aku tidak nampak pada perjumpaan lepas turun sekali. Rupa-rupanya mereka tidak hadir pada perjumpaan lepas.
Pada hari itu, kami hanyalah berlatih. Pukulanku masih lagi tidak betul. Ada pukulan yang bagus dan sebaliknya. Pukulan ku tidak konsisten.
Pada pukul 10.55 pagi, aku dan yang lain bergerak ke tempat di mana bas akan datang. Kami perlu melalui padang sofbol dan bola jaring. Hari itu tiada latihan sofbol kerana padang sofbol digunakan oleh pihak luar untuk membuat acara sukan. Latihan bola jaring pun sudah tamat. Kami terus menunggu dan menunggu. Ada yang bermain bola, berbual dan bermain permainan 2048 bagi mengisi masa lapang. Permainan 2048 merupakan permainan yang sering dimain oleh rakan-rakan sekolahku. Tidak terkecuali para senior.
Kami pulang ke Pusat PERMATApintar Negara.
Petang itu ada perjumpaan unit beruniform. Aku masuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Hari yang memenatkan namun puas hati kerana dapat bersukan.
Ayat:
Slogan hidup aku:
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.
Slogan hidup aku:
FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.
No comments:
Post a Comment