Tuesday, June 30, 2015

Tahu

PeaceLovER

Assalamualaikum WBT
Peace be upon you

Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya, aku tidaklah mahu sangat mengemaskini blog ini. Namun, kejadian semalam membangkitkan kemahuan dan kerajinan dalam menulis pos ini. Apatah lagi, apabila rakanku yang berada di sebelahku sekarang dengan rajinnya mengemaskini blognya. Baru terfikir mahu melayari Youtube. Lihat, aku sedang menaip papan kekunci ini, yang mana mengeluarkan bunyi bising dalam makmal yang senyap ini. Allah itu Maha Menentukan.

Lihat, semua perkara boleh dikaitkan dengan Allah.

Seorang juniorku datang kepadaku lalu memberitahu yang dia telah mengunjungi blog ini. Entah kenapa aku rasa terkejut dan malu pada masa itu. Bila difikirkan semula, aku tidak patut bersikap begitu. Tetapi, bagaimana dia mengetahui blog ini? Bagaimana dia tahu empunya blog ini adalah aku?

Ah, lain kali aku akan menjawapnya.

Tanpa membuang masa, aku membuka komputer riba dan membuka blog ini semula. Tertanya-tanya apakah posku yang terakhir? 
Aku membaca pos-pos sebelum ini termasuklah yang mengatakan aku sudah lama tidak mengemaskini ia dan yang aku telah berubah. Berubah? Perkataan itu membuatkan aku rasa geli dan ada unsur sentimental di situ. Mungkin disebabkan pengaruh drama, 'berubah' yang diikuti dengan tangisan. Jikalaulah bukan kerana aku tidak mahu mengulanginya, sudah tentu aku mengatakan perkara-perkara ini.

Bodoh, 
Memang akukah?
Tidak, aku tahu itu.

Berzikir dan manfaatkan hari-hari Ramadhan kau!

No comments:

Post a Comment