Tuesday, January 12, 2016

Hari Re-Orientasi 2016

PeaceLovER
Assalamualaikum WBT
Dan selamat sejahtera :)

Pintu masuk Pusat PERMATApintar Negara

PUSAT PERMATApintar NEGARA, 5 JANUARI 2016 - Hari Re-Orientasi bagi pelajar-pelajar tahun 2015 telah dijalankan untuk menyediakan para pelajar dengan maklumat sesi persekolahan tahun ini. Program ini telah dimulakan seawal pukul 8.30 pagi di auditorium dan berakhir pada pukul 11 malam di Dewan Serbaguna.

           Ceramah Prof. Dato' Dr. Noriah menandakan permulaan program tersebut. Ceramah yang bertajuk 'The Right Mindset' memberikan kesan kepada para pelajar. Ini dapat dilihat dengan pengamalan penggunaan 'not yet' atau belum, dalam ucapan seharian. Setelah itu, Puan Siti Aishah meneruskan program dengan slot beliau mengenai akademik. Scholastic Assessment Test (SAT), Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi antara topik utama yang diperkatakan.

           Sejurus selepas rehat, Hari Re-Orientasi disambung dengan slot bersama Prof. Madya Dr. Rorlinda yang menyandang jawatan penyelaras hal ehwal pelajar. Inti pati slot beliau adalah mengenai aktiviti-aktiviti pelajar sepanjang tahun 2016. Antarannya ialah aktiviti mobiliti dan Future Scientist Conference.

          Pada petang itu, kesemua lima kaunselor Pusat PERMATApintar Negara memberikan taklimat mengenai Unit Khidmat Psikologi dan Kaunseling, yang juga merupakan nama baharu unit tersebut. Secara tidak langsung, ia juga bagi meraikan kehadiran kaunselor baharu, Dr. Tan Joo Siang berkaitan khidmat kaunseling. Selain perkhidmatan kaunseling, unit tersebut juga menyediakan perkhidmatan penempatan universiti, sokongan akademik dan pendidikan kerjaya.

            Slot malam iaitu taklimat mengenai kolej kediaman dimulakan setelah taklimat ko-kurikulum selesai. Ia dikendalikan oleh para felo dan warden. Hari Re-Orientasi tahun 2016 berakhir tepat pukul 11 malam.


Sistem Penilaian Pembelajaran Kolej PERMATApintar Negara

Bersama pelajar pertukaran dari Kazakhstan

No comments:

Post a Comment