Assalamualaikum WBT :D
HAI HAI HAI
Hari ini merupakan hari pertama kami menggunakan jadual baharu yang pertama bagi tahun ini. Aku kata jadual baharu pertama kerana aku pasti ini bukan merupakan pertukaran jadual terakhir bg sepanjang tahun ini.
Aku harap tiada musibah tahun ini *tanda bagus*
Today, it was exciting.
~
~
I guess so hahaha.
KENAPA?
KERANA kelas pertama aku iaitu Biologi menyediakan cabaran bagi kami -
sebenarnya aku tak rasa pun begitu
Aku dan rakan membedah seekor katak. Sebenarnya, aku tak ingat pun akan hal itu kerana aku fikir yg kami akan belajar tajuk baharu hari ini yg mana telah aku baca sebelumnya. Jadi, perasaan excited tu hanya aku alami dan hayati utk sekejap shj memandangkan aku tak tahu sebelum itu haha.
Kalian blh cuba cari video membedah katak di Youtube, dan sebagaimana itulah kami melakukannya. Aku merakam banyak video. Ye lah, memandangkan susah nak cari seekor katak dan membunuhnya. Bedahnya - senang shj. Katak-katak itu gemuk belaka.
Usus, paru2, jantung, perut dan sebagainya, kami mengeluarkannya.
Biar aku katakan di sini, perut katak itu menyerupai seulas manggis. Aku nampak lubang, oleh yang demikian aku memotongnya (membelah) sehingga isi perut itu boleh dilihat. Aku mengharapkan sesuatu; lendir, lalat dsb. Namun, tiada isi.
Satu perkara ttg pembedahan ini ialah, jantung katak itu masih berdegup walaupun telah dipotong dan dipisahkan daripada katak itu sendiri!
Allah itu Maha Berkehendak.
Cikgu aku banyak menekankan unsur-unsur Islam; bersyukur, ulul albab dalam pengajarannya. Hari ini aku sedar, pembedahan itu AMAT MENYERONOKKAN.
BUKAN MENYERONOKKAN TETAPI AMAT~!
Find your interests and enjoy your day!
p.s Learning is life
p.p.s Big smile lol
No comments:
Post a Comment