Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera :D
Tahun baru, azam baru.
Meningkatkan ilmu, menjadi lebih beriman bla bla bla
Aku sedar betapa aku sukakan perkara biasa. Aku lebih rela tidak dapat pengalaman baharu di tempat2 baharu berbanding berada di tempat itu, walaupun aku ingin pengalaman itu. Aku tidak mahu ambil risiko. Aku sukakan perkara yang telah menjadi kebiasaan.
Berada di PERMATApintar menyedarkan aku akan hakikat itu. Sebenarnya sudah lama aku sedar akannya namun setelah berada di sini, ia adalah saat di mana aku paling mendalami dan menghayati akan hakikat tersebut.
Alhamdulillah, Allah itu Maha Berkehendak. Dia menakdirkan aku ke sini bukan sahaja kerana peluang akademik yang banyak di sini. Aku sedar bahawa datang ke sini telah meningkatkan ilmuku tentang agama dan menjadi lebih beriman, sekurang2nya itulah apa yang aku percaya. Dulu, semasa aku berumur 12 tahun, aku banyak memohon sekolah2 agama. Aku memang minat ilmu agama ni. Bagi aku, ilmu agama sangatlah mendalam dan kau akan rasa kenikmatan dan penghayatan yang tidak pernah kau rasakan ketika kau mendalami ilmu2 lain. Walaupun ada kemungkinan yang aku rasa sperti itu disebabkan minat aku terhadap ilmu agama. Bagaimana pula dengan orang lain yang tiada minat akannya, adakah mereka akan merasai kenikmatan serta penghayatn yang sangat menarik sebagaimana aku, orang2 yg minat akannya? Itu aku tidak tahu. Aku tidaklah boleh menjadi 2 org yang berbeza untuk merasari perasaaan daripada kedua-dua belah pihak yang di mana merke mempunyai personaliti, sikap, minat, hobi, pengalaman, pendidikan yang diterima dan layanan manusia terhadap mereka.
Bercakap tentang benda ni, aku teringin berada di tempak manusia yang mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza daripada ku. Namun, aku tetap mahu kembali ke diri asal aku pada akhirnya. Aku mendapat ibu bapa, saudara2, keluarga, pendidikan, pencapaian, ilmu, rakan2, layanan manusia dan pengaruh sekeliling yang mana aku tahu kerana aku pernah merasai semua itu. Bagaimana jika semua itu berubah sama sekali? Aku pernah melihat, tahu, baca dan dengar kisah2 manusia di sekeliling aku. Namun, aku tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi di antara mereka dengan manusia2 lain malah keadaan mereka dengan diri mereka sendiri aku tidak tahu. Bagaiman jika aku mendapat perkara2 yang di atas ini sama sperti orang2 lain. Adakah aku akan dapat masuk ke sini, PERMATApintar, tenang kerana mendapat keluarga yang baik dan mendapat layanan yang baik daripada manusia2 di sekeliling aku? Allah itu Maha Berkehendak dan Maha Mengetahui.
Anda tahu tentang qadar dan qada'? Allah itu Berkehendak meletakkan manusia2 ke mana2 persekitaran yang Dia mahu sama ada daripada keluarga yang kaya, miskin, berpendidikan, jahil agama dan sebagainya. Namun, perlu diingat bahawa selepas itu semuanya adalah pilihan manusia itu sendiri. Allah memberitahu manusia apa yang disuruhNya dan apa yang ditegahNya. Manusia bebas untuk memilih. Allah juga telah memberitahu mana yang benar dan salah serta balasan jika tidak memilih perkara yang benar. Manusia bebas memilih. Maka siapa yang bertanggungjawab jika manusia mendapat balasan baik mahupun buruk? Manusia itu sendiri!
Aku bersyukur masuk ke sini. Aku banyak memohon sekolah2 agama namun tidak aku dapat akannya. Jika aku tidak ke sini, aku akan masuk ke Sekolah Sains Kuala Selangor. Itu buat aku tefikir, adakah aku akan menjadi aku yang sekarang jika aku membuat pilihan yang berbeza dahulu? Adakah aku akan menjadi lebih baik atau lebih buruk daripada sekarang jika aku membuat pilihan yang berbeza dahulu? Itu aku tidak tahu. Allah itu Berkehendak. Dia meletakkan aku ke sini.
'Jika tidak mahu rasa gelisah dan gundah gulana, selaraskan kehendak kita dengan kehendak Allah.'
No comments:
Post a Comment