Saturday, May 3, 2014

O Rasulullah!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selamat Sejahtera

Hari Sabtu, 3 Rejab bersamaan 3 Mei 2014.

Hari yang mendamaikan.
Hanyalah keluar untuk makan. Tiada keperluan lain. Aku tidak suka berbual melainkan ada waktunya. Waktu itu ialah apabila ada sesuatu yang seronok dan diceritakan bersama orang yang aku percaya. Tidak banyak manusia yang aku percaya di dunia dan tidak akan ada manusia yang aku percaya 100/100 melainkan Rasulullah SAW. Manusia itu berbolak balik hatinya, imannya bertambah dan menurun. Aku percaya 100/100 pada manusia yang ma'sum. Aku pernah baca suatu gambar yang katanya mengikut pandangan orang Jepun, setiap manusia ada tiga wajah yang ditunjukkan. Pertama, wajah yang ditunjukkan kepada dunia, kedua kepada rakan-rakan, keluarga dan guru dan ketiga wajah yang hanya kamu seorang sahaja pernah lihat. Aku anggap ia sebagai dramatik. Aku tidak tahu perkataan yang sesuai menunjukkan ciri ayat itu. 

Aku membaca sebuah buku yang mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah SAW dan dibahagikan kepada beberapa bab. Seronok membacanya. Dari segi pemilihan kata dan struktur ayat, aku dapat mengenal pasti watak dan pemikiran seseorang. Sama seperti penulisan aku sekarang. Ia menggambarkan pemikiran seseorang. Namun begitu, pemikiran sentiasa berubah. Aku melihat diri aku dan dunia sebagai pihak ketiga. Mungkin pihak ketiga ini ialah roh aku manakala pihak kedua iaitu diri aku ialah diri aku di dunia yang mengalami pengalaman dan perasaan. Haha, abaikan jika ia rumit. Aku hanya memberitahu.

Aku tahu Rasulullah itu berfikiran jauh, Forward. Baginda ialah idola aku. Namun ada sebuah video, knowingly or unknowingly. Di mana ia menyatakan artis-artis yang kita selalu suka dan mengikut perkembangannya, kita telah menjadikan mereka sebagai idola knowingly or unknowingly. Perkara itu berlaku pada aku. Sebab itulah ada perkataan Forward pada slogan hidup aku.

Ayat:

Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membaca.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi menyebarkan agamanya.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan.
Di kala umat Islam bermusuhan, orang Yahudi membuat perancangan untuk mereka.
Di kala pemimpin dan umat Islam bermusuhan, pemimpin dan orang Yahudi bersatu.
Untuk merealisasikan impian mereka, menghancurakan Islam.

Slogan hidup aku:

FORWARD
Iqra.
Daie.
Buat perancangan.
Look Forward.

No comments:

Post a Comment